hi peeps :D Welcome to mieyra'aeiyra's blog . Follow me alright ? ILOVEYOU

contoh teks pidato-akhlak berkualiti penjana ummah

hai reader !
hari nie aku nak share lah siked dengan korang contoh teks pidato aku
harap2 berguna untuk orang lain juga.
semoga berjaya ....

“Akhlak Berkualiti Penjana Ummah”

____________________________________

Cuba kita fikir sejenak,zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat,Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan.Malah,lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kasayangan kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak  ,yang menyerlahkan kredibiliti dan karisma kepimpinan sehingga beliau dianggat sebagai menteri cabinet yang termuda dalam peneraju negara.



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,



Sejambak mawar,seharun kasturi buat peneraju majlis,barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi dengan kebenaran,saudara penjaga masa yang cakna akan randiknya,warga pendidik yang bermisi,warga intelektual penerus wawasan negara seterusnya,hadirin hadirat yang dikasihi. Dekat di hati.



Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.



“Akhlak Berkualiti Penjana Ummah” ,begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal menitip di bibir saya.Namun,sebelum ledakan hujah menghujani seisi dewan,mohon izin untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara literal dan leksikal.Menurut kamus dewan edisi keempat,akhlak dapat ditakrifkan sebagai kelakuan berbudi pekerti.Berkualiti bermaksud darjah kecemerlangan diri yang tinggi.Sementara itu,penjana merupakan alat atau medium manakala ummah membawa maksud umat ataupun masyarakat.Maka,dapatlah saya simpulkan bahawa memiliki kelakuan yang baik merupakan medium yang dapat memacu kecemerlangan masyarakat demi mencapai wawasan. Pidato saya pada hari ini,akan menfokuskan kepada remaja.Hal ini kerana,remaja masa kini peneraju masa hadapan.


Hadirin hadirat yang bervisi,


Indikator saya yang pertama,di bawah lembayung kata “Remaja Berintelek,Penjana Wawasan Negara”.Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengkalsifikasikan remaja berminda kelas pertama merangkumi aspek pendidikan,pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.Pembangunan minda kelas pertama memerlukan persekitaran yang mesra ilmu,prointelektual dan berasaskan pencapaian.Lihat sahaja  Nik Nur Madihah dan Azli Azali yang telah menempa kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlangnya.Insan sebegini  ibarat emas berharga yang bakal menjadi aset terpenting negara dalam usaha mengejar wawasan 2020.”Jika ingin menjulang api kemajuan,nyalakan ilmu sebelum berjuang” itulah kata-kata yang saya petik daripada Tun Dr.Mahathir Muhammad iaitu Bapa Permodenan Malaysia.



“Remaja Berkaliber,Peneraju Pemimin Negara” menjadi kata kunci saya yang kedua.Sudah 55 tahun kita menghela nafas kemerdekaan,remaja kini merupakan tunjang yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara kelak.Oleh yang demikian,kondisi ini jelas mencerminkan bahawa remaja yang memiliki semangat kepimpinan yang tinggi mampu mengangkat martabat Negara hingga ke puncak jagat.Mari kita imbas kembali semangat kepimpianan dan ruh perjuangan,terus meresap kedalam diri Salahuddin Al-Ayubi dalam mempertahankan negara daripada Kerajaan Fatimiyyah di Mesir walaupun usiannya baru 23 tahun .Sudah jelas dan nyata,sedarilah,sekiranya remaja mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi,maka, negara turut menjadi lebih bervisi.



Hadirin yang dihormati,



Di bawah kata kunci ketiga iaitu “Ketahanan Rohaniah Remaja,Menjana Pembangunan Negara”.Tidak dapat dinafikan bahawa kini remaja semaikn terbenam dan tersungkur dalam budaya hedonistik yang tidak berfaedah kerana kurangnya kepaduan ilmu pegangan dalam dada. Ali Bin Abi Talib menjadi khalifah termuda mempunyai formulanya sendiri dalam mempertahankan syiar islam iaitu menjadikan iman yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah sebagai wadah pemerintahan Negara.Kondisi ini terbukti Ali Bin Abi Talib mempunyai pegangan yang utuh dan tidak goyah.Oleh itu,tidak dapat disangkal lagi bahawa ketahanan rohaniah yang tinggi dalam diri mampu menerbitkan remaja yang berwawasan sekaligus dapat memanifestasikan nilai keinsanan yang syumul.



Hadirin hadirat,




Sebelum saya menoktahkan pidato saya ini ,izinkan saya untuk menyeru kepada semua masyarakat teruatamanya golongan remaja untuk terus bersama-sama mencanai minda dan memajukan negara.Kita tidak wajar akur akan arus songsang ini.Hal ini demikian kerana,kondisi ini memberi gambaran buruk terhadap masa hadapan negara.Bagi membangunkan genrasi yang berketerampilan,bersahsiah mulia serta berilmu,kita haruslah melangkah dengan seribu kekuatan dan memastikan yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan sepenuh komited serta mencapai matlamat.Akhlak berkualiti penjana ummah.Ayuh , remajaku gegarkan dunia ,harumkan nama negara.

saya akhiri pidato saya dengan dua rangkap pantun. 

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Pulanglah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Loceng di sana telah berbunyi,
Sebagai tanda untuk berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

_____________________________________________


harap2 berguna untuk kamu <3
terima kasih

7 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum..bolehkah saya menggunakan
teks pidato ini untuk pertandingan pidato di sekolah saya.?

mieyra aeiyra said...

ohh silakan ^^

Sunny Buin said...

Assalamualaikum.Saya tertarik dengan teks pidato awak.Boleh saya menggunakan pidato awak untuk tugasan kuliah saya?

~afifah.zaid~ said...

salam.. mohon kebenaran guna teks ni buat rujukan pembelajaran. terima kasih

~afifah.zaid~ said...

salam. mohon kebenaran guna teks utk pembelajaran. terima kasih

mieyra aeiyra said...

sunny buin/ afifah zaid - Waalaikumussalam ^^ silakan

Ave James said...

selamat sejahtera...mohon kebenaran jdkan teks sbgai rujukan ya....terima kasih :)